Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SOKONGAN PADU RAKYAT AMAT PENTING : SAMSUDIN

Sumbangan air zama zam dan kurma kepada jawatankuasa masjid.
Sumbangan air zama zam dan kurma kepada jawatankuasa masjid.

KOTA KINABALU – Sokongan padu rakyat negeri ini amat penting bagi memastikan program transformasi dan pembangunan kerajaan berjalan lancar.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata perkembangan ekonomi yang meningkat membolehkan kerajaan melakukan pembangunan di semua peringkat termasuk di daerah Sandakan.

“Dengan adanya kerjasama rakyat dan kerajaan yang mantap, kita yakin dapat membawa lebih banyak pembangunan selain mewujudkan sebuah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa UMNO bahagian Batu Sapi bersama pemimpin BN Parlimen Batu Sapi dengan ahli jawatankuasa masjid-masjid di Masjid Daerah Sandakan semalam.

Dalam majlis itu, jawatankuasa masjid turut menerima sumbangan dan anak-anak yatim serta warga emas menerima sumbangan daripada Adun Sekong.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan sebarang masalah rakyat di negeri itu sebaliknya sentiasa berusaha mengatasinya, malahan kerajaan negeri menerusi pemimpin masyarakat sentiasa mengamalkan pendekatan mendekati rakyat secara individu dalam usaha menjadikan negeri itu ‘kosong masalah’- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan