Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sokongan moral kepada penghuni Bukit Harapan

Seramai 33 belia Kampung Molisau Tenghilan dan tujuh golongan ibu menghargai lawatan berkenaan sebagai pengalaman cukup bermakna buat mereka.
Seramai 33 belia Kampung Molisau Tenghilan dan tujuh golongan ibu menghargai lawatan berkenaan sebagai pengalaman cukup bermakna buat mereka.

KOTA KINABALU – Tidak ada yang lebih bererti buat para penghuni Bukit Harapan Therapy Community, dekat sini apabila menerima kunjungan seramai 40 orang belia dari Kampung Molisau Tenghilan, baru-baru ini.

Bukan hanya mereka, tetapi program anjuran Tim Pelayanan Belia Chapel (TPBC) selama beberapa jam itu benar-benar memberi suatu pengalaman cukup berharga buat ahli-ahli rombongan terutamanya para remaja belia mereka terutamanya yang baharu mencecah usia 12 hingga 15 tahun.

Rombongan itu disambut dengan penuh kemesraan dan kasih sayang oleh anak-anak penghuni dan para kakitangan di Bukit Harapan itu yang menanti penuh sabar sebagai tetamu istimewa mereka.

Menurut penyelaras program lawatan itu, yang juga Koordinator TPBC Kampung Molisau Tenghilan, Anna Maria Dualis, objektif program berkenaan adalah untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan masyarakat terutamanya belia terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Selain itu, kita juga mahu memberi sokongan moral kepada golongan yang memerlukan khidmat sokongan dan semangat kepada mereka di Bukit Harapan untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Beliau mengakui, program itu bukan sahaja mampu memberi makna yang besar buat penghuni yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), malah kepada para ahli rombongan lawatan berkenaan, terutama yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Harapan.

Turut hadir pada program itu ialah para penyelaras di Bukit Harapan, Audra Keyworth dan Jerry Kamijan. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan