Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sokong gugur bayi mangsa rogol

mangsa rogol

Jakarta: Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia semalam secara terbuka menyokong cadangan membenarkan amalan menggugurkan kandungan mangsa rogol bagi tujuan melindungi mangsa.

Amir Syamsuddin berkata, pengguguran kandungan bagi mangsa rogol turut dibenarkan di beberapa negara.

“Dari sudut perubatan, saya menganggap perkara itu wajar dan ia universal,” katanya.

Namun dia mengakui belum merujuk rang undang-undang Indonesia berhubung peraturan kesihatan kesuburan yang dilaksanakan ketika ini.

Kata Amir, dia perlu merujuk isu itu kepada pihak berkaitan sebelum boleh mengeluarkan kenyataan lanjut.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Indonesia Nafsiah Mboi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan peraturan membenarkan pengguguran ke atas ibu yang diancam bahaya atau kandungan akibat pemerkosaan.

Amir berkata, dia perlu meneliti cadangan itu bagi mengelak ia bertentangan dengan undang-undang sedia ada, “Saya berpendapat mangsa rogol berhak menggugurkan kandungan kerana kandungan itu hadir bukan atas kerelaan mangsa,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan