Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sokong BN untuk terus majukan Sepanggar: Yakub

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional Sepanggar, Datuk Haji Yakub Khan menyeru rakyat khususnya pengundi Parlimen Sepanggar termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan DUN Inanam agar terus memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar berkata sokongan penuh itu bertujuan untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat meneruskan kesinambungan agenda dan pembangunan yang telah dirancang di kawasan berkenaan.

”Tanpa mengira siapa pun yang akan dicalonkan BN di peringkat Parlimen atau pun Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14, marilah kita sama-sama tetap berdiri di belakang untuk memberikan sokongan padu kepada calon yang bertanding.

”Tidak ada pakatan politik melainkan BN dapat membawa pembangunan, kestabilan politik, ketenteraman sosial dan kemajuan ekonomi kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Yakub, banyak pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di kawasan Sepanggar yang menyaksikan kawasan itu yang pada suatu ketika dahulu agak sunyi kini boleh bermegah dengan pelbagai prasarana yang disediakan untuk kemudahan rakyat.

“Empat mercu tanda kebanggaan Sabah terdapat di Sepanggar iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah serta Pusat Pentadbiran Persekutuan dan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

“Melalui inisiatif BN juga kita hanya perlu memandu dalam masa beberapa minit bagi mendapatkan barangan keperluan selain pelbagai peluang perkerjaan yang ditawarkan di kompleks membeli belah 1Borneo,” ujarnya sambil memaklumkan ia hanya sebahagian kecil daripada pelbagai pembangunan lain yang sudah dikecapi rakyat di kawasan itu.

Tambah Yakub, sebanyak RM420 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf jalan Sepanggar yang melibatkan laluan dari Indah Permai sehingga ke laluan berdekatan dengan bangunan Yayasan Sabah bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan Sepanggar ekoran kepesatan pembangunan yang berlaku.

“Justeru, bagi memastikan segala agenda pembangunan di kawasan ini terus berjalan lancar, marilah kita sama-sama memberi sokongan penuh kepada calon-calon yang bakal bertading atas tiket parti Barisan Nasional pada 9 Mei depan,” katanya.

Mengulas mengenai 150 ahli Umno keluar parti menyertai Parti Warisan Sabah pada Rabu beliau berkata, itu adalah keputusan mereka dan sebagai sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi berparlimen tiada halangan untuk mana-mana pihak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun bagi saya, sama sekali tidak akan mengkhianati parti yang selama ini menjadi medan perjuangan yang terbukti berjaya membawa pembangunan, kestabilan politik, ketenteraman sosial dan kemajuan ekonomi serta yang lebih utama mampu membela nasib rakyat.

“Mereka yg keluar Umno itu sedikit pun tidak menjejaskan BN dalam gerak kerja PRU14 malahan dengan tercabutnya duri dalam daging ini akan memudahkan lagi persiapan menghadapi pilihan raya khususnya dalam kalangan jentera Umno Sepanggar,” katanya./SayangSabah

Pengerusi Barisan Nasional Sepanggar, Datuk Haji Yakub Khan.

Komen


Berita Berkaitan