Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sogip tarik pelaburan asing berbillion ringgit

Sapawi (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan daripada PCG kepada salah sebuah surau di majlis itu. - foto Aryan de Vera / SayangSabah
Sapawi (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan daripada PCG kepada salah sebuah surau di majlis itu. – foto Aryan de Vera / SayangSabah

SIPITANG – Projek Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) bakal memberikan faedah positif dari segi ekonomi jangka panjang kepada daerah ini dengan kemasukan pelabur asing membabitkan pelaburan berbillion ringgit.

Menurut Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, pelaburan dari syarikat luar negara itu akan memberi impak besar terhadap pembangunan industri minyak dan gas khususnya di daerah ini dan Sabah amnya.

“Saya difahamkan beberapa pelabur luar negara berminat untuk terlibat dalam pembangunan minyak dan gas di Sogip yang dibina di atas kawasan seluas 1,600 hektar di Sindumin,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Petronas Chemicals Group Berhad (PCGB) di Dewan Sipitang, di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi; Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd., Mohd Iskandar Bakeri dan Ketua Direktorat Projek PCGB, Datuk Muhamad
Shah Ali.

Pada masa sama, Sapawi memberitahu, projek berkenaan turut memberi impak kepada pembangunan sosial dan insfrastruktur di daerah tersebut dan ia dilihat akan memberi kesan positif terhadap industri ini di Sipitang, sekaligus membantu usaha kerajaan untuk pembangunan lebih pesat bidang minyak dan gas di negeri ini. Рoleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan