Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SMK Tulid dibekal 200 tilam dan bantal oleh UPPM

7:22pm 07/01/2016 Ann Vivien 59 views Pendidikan,Tempatan
Charles….tilam dan bantal akan diserahkan pada Selasa depan.

Charles….tilam dan bantal akan diserahkan pada Selasa depan.

KENINGAU: Isu tilam buruk asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid sudah selasai apabila Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N.37 Sook bertindak menyelasaikan isu itu dengan membekalkan 200 unit tilam dan bantal.

Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan itu Charles Ikang berkata, tempahan tilam dan bantal sudah dibuat sebaik sahaja pihaknya telah mendapat laporan lengkap daripada pihak pengurusan sekolah itu.

Katanya, penyerahan tilam dan bantal asrama sekolah berkenaan akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Sook Datu Ellron Alfred Angin pada 12 Januari ini (Selasa depan).

“Pembekalan tilam dan bantal bagi menampung keperluan penghuni asrama sekolah berkenaan dibiayai dengan peruntukan khas ADUN kawasan ini” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini kelmarin.

Jelasnya, penyerahan tilam dan bantal tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh sehari dua kerana terpaksa menunggu tempahan memandangkan stok di daerah ini tidak mencukupi bagi menampung jumlah yang diminta. Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan