Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SMK Tenghilan sertai Program Toyota Eco Youth

Rombongan SMK Tenghilan melakukan pembersihan pantai ketika lawatan sambil belajar di Pulau Libaran.
Rombongan SMK Tenghilan melakukan pembersihan pantai ketika lawatan sambil belajar di Pulau Libaran.

SANDAKAN- Rombongan pelajar dan guru dari SMK Tenghilan, Tuaran menerusi Program Toyota Eco Youth (TEY) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Walai Penyu Resort di Pulau Libaran pada Rabu.

TEY bermula pada 2001 hasil kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan. Pada 2002, program itu melonnjak ke tahap kebangsaan apabila 16 buah sekolah dari setiap negeri dan Wilayah Persekutuan telah menyertainya.

SMK Tenghilan, Tuaran telah tersenarai pendek untuk mewakili negeri ini pada 2015 dan peringkat akhir akan berlangsung pada bulan September.

Pengarah Walai Penyu Resort, Alexander Yee yang secara sukarela telah menjadi penasihat kumpulan itu berkata, selain berkongsi idea, pelajar berkenaan perlu diberi peluang merasai sendiri pengalaman pemuliharaan di pulau itu yang menempatkan pusat penetasan penyu.

Selain itu, resort berkenaan juga menjalankan projek membersihkan pantai sepanjang 1.2 kilometer di pulau itu dimana aktiviti pembersihan dilaksanakan oleh penduduk setempat.- oleh AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan