Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SMK Sanzac muncul juara School Lab 2017

Pasukan ‘The Three Scientist’ dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac berjaya merangkul juara dalam Pertandingan Akhir School Lab Peringkat Kebangsaan di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru- baru ini.

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac berjaya merangkul juara untuk kali kedua dalam Pertandingan Akhir School Lab Peringkat Kebangsaan di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru- baru ini.

SMK Sanzac yang diwakili oleh pasukan ‘The Three Scientist’ itu membawa pulang wang tunai RM 5,000.

Manakala, Naib Johan dan tempat ketiga pertandingan School Lab masing- masing dimenangi oleh Team C.I.D. dari SMK Batu Lintang (Sarawak), dan Professor Joseph and the Cavemen dari SMK Hamid Khan (Penang)

Terdahulu, pertandingan itu mendapat sambutan hangat iaitu sebanyak 1,200 penyertaan dari seluruh negara dan Sabah menghantar 96 penyertaan.

Pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) British Council Malaysia, Malaysian Industry- Government Group for High Technology (MIGHT) dan Petrosains mensasarkan pelajar menengah rendah di semua sekolah di bawah KPM.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan