Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,688

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SMK Putatan tidak terlibat dalam Latih Amal Tsunami esok

6:11pm 04/11/2016 Leolerry Lajius 94 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Putatan tidak terlibat dalam Latih Amal Tsunami peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Putatan esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul berkata, pengecualian itu diberikan kerana Malaysian University English Test (MUET) akan diadakan esok.

“Justeru itu, jika para pelajar mendengar siren atau tanda amaran tsunami mereka hendaklah mengabaikan amaran itu dan meneruskan untuk menjawab peperiksaan,”katanya kepada media ketika sidang media di Wisma Pendidikan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, langkah pengecualian berkenaan juga adalah bagi membolehkan pelajar yang terlibat dalam peperiksaan berkenaan dapat menumpukan sepenuh perhatian dan dapat menjawab dengan tenang.

Seramai 2,950 pelajar di seluruh negeri ini akan menduduki peperiksaan berkenaan esok yang melibatkan 41 pusat peperiksaan dan 219 petugas.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan