Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SMK Perempuan Sandakan Muncul Sekolah Terbaik, Lulus 100 Peratus SPM

9:33am 04/03/2016 Pak Roshan 1584 views Mutakhir,Pendidikan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sandakan (SMKPS) muncul Sekolah Terbaik di daerah ini dan 10 terbaik di Sabah dengan mencatat 100 peratus kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKPS, Liew Jing Mei berkata SMKPS memperoleh kelulusan 100 peratus dalam SPM 2015 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.96 berbanding 97.7 peratus kelulusan pada tahun sebelumnya dengan GPS 3.92.

“Ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan pelajar SPM… sekali gus menjadikan SMKPS tersenarai dalam 10 sekolah terbaik di seluruh Sabah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Liew berkata seramai 92 pelajar di sekolah berkenaan menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas dan lapan pelajar diumum sebagai pelajar cemerlang, antaranya Shahiratul Hidayu Nasrul memperoleh keputusan 8A, Farhana Ibrahim (7A), Nor Asyikin Abd Rasid (7A) dan Nurul Asdina Samsuddin (7A).

Menurutnya antara usaha pihak sekolah mengadakan program membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang termasuk Program Bimbingan Masa Cuti, Kem Kecemerlangan Akademik SPM, Pecutan Awal, Program Glorious Score, Program HELP Tuisyen, Program Pemantapan SPM dan Program Motivasi.

Beliau berharap, SMKPS dapat mengekalkan keputusan 100 peratus lulus dalam peperiksaan SPM tahun ini, di samping berusaha dalam meningkatkan tahap kualiti serta kuantiti calon pelajar yang menduduki SPM.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan