Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SMK Bukit Garam meraikan Reunion Hari Raya SPM94

Ruziman (lima dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Reunion Hari Raya SMK Bukit Garam​ ​SPM94
Ruziman (lima dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Reunion Hari Raya SMK Bukit Garam​ ​SPM94

SANDAKAN Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam, Kinabatangan SPM 1994 akan mengadakan Majlis Reunion Hari Raya SPM94 pada 25 Julai 2015 di Dewan SMK Bukit Garam, Kinabatangan bermula jam 11.00 pagi.

Pengerusi Penganjur, Ruziman Guspini berkata tujuan utama majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan sillaturahim bekas-bekas pelajar SMK Bukit Garam, Kinabatangan khususnya yang menduduki peperiksaan SPM 1994 serta guru-guru sekolah berkenaan.

Majlis yang diadakan kali ini amat istimewa kerana kebanyakkan bekas pelajar dan guru terlibat tidak bersua selama lebih 20 tahun yang pastinya menggamit nostalgia,” katanya.

Menurut Ruziman lagi, selain daripada majlis tersebut, beliau dan bekas pelajar SMK Bukit Garam SPM 1994 juga telah mengadakan beberapa program lebih awal. Antaranya adalah Majlis Berbuka Puasa, perlawanan bola sepak persahabatan dengan guru-guru SMK Bukit Garam serta lawatan ke rumah bekas pelajar yang ditimpa musibah.

Sehubungan itu, bagi pihak Jawatankuasa Penganjur saya menjemput bekas-bekas pelajar serta guru-guru terlibat hadir bagi sama-sama menjayakan program yang telah dirancang,” tambah beliau.

Maklumat lanjut program, boleh menghubungi Pengerusi Penganjur, Ruziman Guspini (017-8965558), Setiausaha, Norhaidah Abdullah(014-5505534) serta Penolong Bendahari, Muhammad Fadly (013-8847615) – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan