Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SMK Abdul Rahim terima anugerah dari PPD Kudat

9:31am 09/03/2017 Leolerry Lajius 64 views Kudat,Pendidikan,Tempatan

KESEMUA pelajar tingkatan enam SMK Abdul Rahim Kudat merakam gambar kenangan bersama warga pendidik dan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

KUDAT: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat membuat kejutan dengan menganugerahkan sijil kecemerlangan kepada Pengetua dan Pensyarah Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahim atas peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) hasil daripada keputusan cemerlang pelajar STPM sekolah berkenaan.
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kudat Yang Mulia Sharif Azad Sharif Attar pada majlis penyerahan keputusan STPM 2016 dan STPM penggal 1 2017 pada 3 Mac lepas.
Majlis itu dijalankan serentak hasil sarana ibu bapa bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar sesi 2016 sekali gus memberi motivasi dan penetapan sasaran pelajar STPM sesi 2017 agar mencapai keputusan cemerlang pada masa akan datang.
Pengetua SMK Abdul Rahim Awang Jaya Awang Damit berkata, pencapaian pelajarnya yang mencatat PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM adalah rekod pertama bagi sekolah itu sejak sistem modular diperkenalkan.
Katanya, pelajar yang dimaksudkan ialah Nor Fariza Marnoh yang mendapat keputusan 4A dan 1A- menjadikannya salah seorang pelajar cemerlang STPM bagi negeri Sabah.
Selain itu katanya, 23 pelajar lain yang menduduki peperiksaan STPM 2016 turut mencatat PNGK 3.00 ke atas termasuklah 10 pelajar bagi peperiksaan STPM penggal 1 2017.
Sehubungan dengan itu, beliau bersama warga pendidik yang lain memberi sumbangan wang tunai bernilai RM1000 beserta sumbangan lain daripada PIBG kepada pelajar terbaik STPM Nor Fariza sebagai tanda penghargaan atas pencapaian yang ditunjukkan.
Majlis diakhiri dengan lawatan rombongan PPD Kudat, Pengerusi PIBG Mohd Rozlan Elias, Pegawai Perhubungan Sekolah ASP Noraidin Awang Maidin ke blok tingkatan enam dan asrama sekolah itu./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan