Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SME Corp bantu usahawan belia

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) telah melaksanakan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) bagi menggalakkan lebih ramai golongan belia di negeri ini menceburi bidang perniagaan.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, program itu bertujuan memberikan kursus keusahawanan kepada para belia telah membuka perniagaan masing-masing tidak melebihi 12 bulan.

“Belia akan melalui proses pendedahan ilmu keusahawanan serta membina ketahanan diri bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam sektor perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak dua buah kilang Heera Food Industries Sdn Bhd dan Hajah Yanong Food Industries Enterprise,  Kawasan Perindustrian SME Bank, Lok Kawi dekat sini, hari ini.

“Seramai 51 orang daripada 52 peserta yang mengikuti program TUBE telahpun memulakan perniagaan masing-masing di pelbagai sektor,” katanya lagi.

Selain program tersebut, SME Bank turut menyediakan 454 buah kilang di Kompleks Premis Usahawan untuk disewa oleh usahawan khususnya golongan belia di samping menawarkan bantuan pembiayaan perniagaan.

oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan