Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SME Bank tawar pakej pembiayaan sokong Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah

MOHD. Radzif (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Micheal semasa program Pan Borneo Market Outreach, Sabah, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU- SME Bank menawarkan pakej pembiayaan istimewa kepada kontraktor G1 hingga G7 atau vendor pemegang kontrak Borneo Highway PDP Sdn. Bhd.

Diantaranya, Contract Financing, i- REACH atau Rolling Expenditure Advance Cash Scheme dan beberapa pembiayaan lain yang bertujuan memyokong pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kejayaan para kontraktor dan vendor yang mendapat pembiayaan daripada SME Bank untuk menyiapkan projek Pan Borneo Sabah secara tidak lansung akan menyumbang kepada peningkatan kadar pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan lebih pesat dan melonjakkan pembangunan PKS ke peringkat seterusnya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menyambut baik pelbagai langkah dan inisiatif kementerian, agensi dan badan berkanun seperti SME Corp yang banyak membantu membangunkan PKS di Sabah.

“Ini menunjukkan bahawa SME Bank memahami kepentingan projek Pan Borneo dan memberi sokongan penuh untuk memastikan matlamat pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dapat dicapai dan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pan Borneo Market Outreach, dekat sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Michael Ansang.

Menurut Musa, ekonomi dan pembangunan negeri Sabah dijangka akan berkembang dengan lebih pesat setelah projek itu siap sepenuhnya.

“Rangkaian jalan raya yang sistematik dan cekap akan menjadi pelengkap kepada projek- projek pembangunan infrastruktur sedia ada di Sabah.

“Saya percaya bahawa sesuatu projek itu akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan dengan adanya kerjasama yang kukuh diantara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, para kontraktor dan juga penyedia kemudahan pembiayaan seperti SME Bank,” katanya

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus.

Mohd. Radzif berkata program hari ini adalah khusus untuk pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan istimewa daripada SME Bank.

“Rebutlah peluang ini dengan sebaik mungkin, berinteraksi dengan pegawai- pegawai kami secara terus dan bersama- sama kita akan membantu menjayakan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan