Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SMA selar sikap DAP teruskan bina Batu Sumpah buatan sendiri

Presiden SMA, Rudy S. Mairi.
Presiden SMA, Rudy S. Mairi.

TENOM – Pertubuhan Mamagun Sabah (SMA) menyelar sikap degil DAP yang mahu meneruskan usaha untuk membina ‘Batu Sumpah’ buatan sendiri di kawasan perkampungan Mamagun di pedalaman negeri ini.

Pertubuhan itu menjelaskan, ramai yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak kena pada tempatnya memandangkan penduduk negeri ini sememangnya mengetahui tentang kewujudan Batu Sumpah tersebut sejak 1964 yang terletak di perkarangan Pejabat Daerah Lama Keningau.

Menurut Presidennya, Rudy S. Mairi, sejarah Batu Sumpah itu membawa makna sebagai simbolik ikrar taat setia rakyat pedalaman terhadap pembentukkan Malaysia pada ketika itu.

“Tidak ada lagi Batu Sumpah selain yang ada sekarang dan ia ditempatkan di Pekan Keningau,” katanya sebagai mengulas tindakan DAP yang enggan berganjak dengan keputusan mahu membina replika batu sumpah buatan sendiri.

Difahamkan, pembinaan itu melibatkan kawasan tanah penduduk yang meminta mereka berbuat demikian termasuk mengadakan upacara bobolian seperti mana berlaku di beberapa perkampungan di Sook.

Rudy berkata, meskipun tindakan DAP itu mendapat persetujuan segelintir pemilik rumah atau tanah, namun apakah ia wajar sedangkan sejarah kewujudan Batu Sumpah diketahui ramai hanya terdapat di Pekan Keningau.

Beliau menjelaskan, jika niat DAP sekadar untuk ‘pengumuman ulangan’ kepada masyarakat Mamagun atau orang asal tentang kewujudan Batu Sumpah itu serta janji kerajaan Persekutuan untuk tidak mencabuli hak rakyat Sabah,  semua itu sudah DAP lakukan semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan