Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,780

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SM Sains Laha Datu sekolah terbaik keputusan SPM di Sabah

12:31pm 03/03/2016 Leolerry Lajius 2607 views Pendidikan,Tempatan
Datuk Jame Alip ketika mengumumkan keputusan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Jame Alip ketika mengumumkan keputusan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini menyaksikan Sekolah Menengah Sains Laha Datu sebagai sekolah cemerlang SPM dan terbaik bagi seluruh negeri Sabah tahun 2015 dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 2.45.

Antara sekolah yang tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik sebagai sekolah cemerlang SPM tahun ini adalah SM Sains Kota Kinabalau dengan nilai GPS 2.60, SM St. Micheal Penampang dengan nilai GPS 3.97, SMK Agama Kota Kinabalu dengan nilai GPS 3.36, SM All Saints Kota Kinabalu dengan nilai GPS 3.68, SM Ugama Islamiah Tawau dengan nilai GPS 3.71, SMA Tun Ahmadshah Kota Kinabalu dengan nilai GPS 3.86, SM St. John Patrick Tawau dengan nilai GPS 3.95 dan SMK Perempuan Sandakan dengan nilai GPS 3.96.

Calon yang mendapat keputusan yang terbaik di negeri ini pula ialah Netta Lee Hui Ying pelajar dari SM All Saints Kota Kinabalu dengan pencapaian 9(A+) 1(A) 1(A-).

Antara calon yang mendapat keputusan cemerlang di kedudukan sepuluh terbaik di negeri ini pula adalah Young Xin Yee 9(A+) 1(A), Michelle Soo Hsiao Wei 8(A+) 2(A), Joriana Ginawoi 8(A+) 2(A), Liew Teck Vui 8(A+) 2(A), Jesper Leonard Vun Kien Fung 8(A+) 2(A), Jasper Ng Chun Wie 8(A+) 1(A) 1(A-), Priscilla Chin Jing Wen 8(A+) 2(A-) dan Teo Yun Qi 7(A+) 4(A).

Dalam peperiksaan SPM 2015, sebanyak 58 mata pelajaran telah diambil oleh calon di negeri ini dan daripada jumlah tersebut sebanyak 24 mata pelajaran telah menunjukkan pecapaian 100% lulus serta 17 mata pelajaran menunjukkan peningkatan berbanding 7 mata pelajaran pada tahun 2014.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Datuk Jame Alip di SMA Kota Kinabalu pagi tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan