Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SM Kian Kok johan Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Negeri 2016

7:28pm 13/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 87 views Tempatan
Arifin (tengah) menyampaikan piala kemenangan kepada juara Pertandingan Forum Pelajar 2016 Peringkat Negeri Sabah

Arifin (tengah) menyampaikan piala kemenangan kepada juara Pertandingan Forum Pelajar 2016 Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU- Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu muncul juara dalam Pertandingan Forum Pelajar 2016 peringkat Negeri Sabah, hari ini.

Selain itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu dan SM Tinggi Cina, Tawau.

Pertandingan tersebut disertai oleh lapan buah sekolah termasuklah SM Tshung Tsin, Tenom, SM Yu Yuan, Sandakan, SM Lahad Datu, SM Beaufort, Beaufort, SM Papar,dan SM Pei Tsin, Kudat.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif, pertandingan tersebut merupakan satu usaha untuk mengukuhkan kecintaan dan kemegahan terhadap bangsa kebangsaan negara ini.

“Hal ini selaras dengan objektif utama pertandingan ini dianjurkan, iaitu menyediakan wadah dan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, khususnya sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di Sabah.

“Dengan demikian, ini akan mewujudkan model penggunaan bahasa baku yang betul, iaitu bahasa yang sempurna dari segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan gayanya.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Pertandingan Forum Pelajar dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah 2016 di Dewan Amil Jaya DBP Cawangan Sabah, sini, hari ini.

Tegasnya, usaha dan amalan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul perlu dimulakan sejak peringkat awal iaitu dalam kalangan para pelajar.

“Peranan pihak sekolah amat penting dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar, disamping peranan DBP itu sendiri,” katanya.

Dalam majlis sama, SM Tshung Tsin, Kota Kinabalu menjadi juara dalam acara deklamasi puisi, diikuti SM Tinggi Cina, Tawau dan SM Menengah Papar.

Hadir sama, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Hajah Asmiah Hj Ajamain. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Kenangan.. Arifin bersama para pemenang Pertandingan Forum dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah 2016

Kenangan.. Arifin bersama para pemenang Pertandingan Forum dan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sabah 2016

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan