Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SL1M dapat sambutan hangat di Labuan

SL1M

LABUAN – Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan hari ini mendapat sambutan hangat apabila 3,000 graduan dan penganggur bersaing untuk merebut 800 tawaran pekerjaan oleh lima organisasi terkemuka.

Skim latihan yang diperkenal sejak 2011, membolehkan 45,000 graduan memperoleh pekerjaan tetap, bertujuan membantu graduan yang kurang berkemampuan daripada latar belakang keluarga miskin di kawasan luar bandar atau golongan miskin di bandar.

Ketua Sekretariat SL1M, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri Norashikin Ismail berkata kesemua graduan adalah dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Saya ingin menegaskan SL1M berjaya membantu ribuan graduan di seluruh negara mendapatkan pekerjaan dan kami berjaya menjimatkan RM300 juta dalam dana kerajaan, kerana program latihan ini ditanggung sepenuhnya oleh organisasi yang turut serta tanpa melibatkan levi latihan yang boleh dituntut daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas pelancaran SL1M peringkat Timur-Malaysia, di sini hari ini.

Penganjuran program SL1M itu, kerjasama antara EPU dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, untuk menggalakkan sektor swasta menyumbang dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran para graduan.

Norashikin menggesa peserta korporat memainkan peranan dengan menyertai program itu memandangkan kerajaan memberi insentif potongan cukai dua kali ke atas elaun dan perbelanjaan latihan yang dikeluarkan.

Elaun bulanan minimum yang diberi kepada graduan ialah RM1,000 bagi tempoh maksimum latihan selama setahun.

“Sambutan amat menggalakkan, bilangannya melebihi daripada jemputan dan sebahagian daripada mereka dari kawasan luar bandar seperti di Keningau, Sabah. Bagaimanapun kami tidak dapat menyelitkan mereka dalam senarai sekarang, dan kami bercadang untuk mengadakan pusingan kedua program ini dengan kerjasama Perbadanan Labuan,” katanya. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan