Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Skyline Enterprise diambil alih anak jati tempatan Sabah

10:24pm 16/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 122 views Hiburan,Tempatan
Verdon (kanan tengah) dan Seah (kiri tengah) telah selesai menandatangani pengambil alihan Syarikat Skylaser yang disaksikan oleh staf pengurusan syarikat tersebut

Verdon (kanan tengah) dan Seah (kiri tengah) telah selesai menandatangani pengambil alihan Syarikat Skylaser yang disaksikan oleh staf pengurusan syarikat tersebut

KOTA KINABALU- Syarikat rakaman dan pengedaran tertua di negeri ini, iaitu Skylaser Enterprise Sdn Bhd telah sah dimiliki oleh anak jati Kudat, Dato Verdon Bahanda, yang merupakan seorang ahli perniagaan dan kontraktor muda yang berjaya.

Verdon berkata bahawa beliau ingin melihat melalui penglibatan Skyline bersama rakan-rakan di dalam Industri Kreatif di negeri ini, akan ada satu perubahan yang besar dalam industri tersebut.

“Walaupun jauh menyimpang daripada perniagaan utama saya, tetapi saya mempunyai keinginan untuk memajukan lagi industri syarikat ini sekaligus menyumbangkan kepada perubahan yang besar didalam industri ini selaras dengan kemajuan teknologi dan pasaran yang semakin canggih”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatangani pengambil alihan Skylaser Enterprise Sdn Bhd di Hotel Hyatt Regency, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau turut berkata bahawa Skyline tidak akan lagi hanya menumpukan kepada penerbitan album atau telemovie untuk satu-satu genre dan bahasa sahaja, namun akan melihat kepada pasaran yang lebih luas seperti pasaran global.

“Pengambil alihan ini akan memberi keutamaan dan peluang kepada bakat-bakat baru sama ada sebagai artis, penulis lagu, lirik, skrip malah kepada penerbitan untuk siaran television dan wayang.

“Walaubagaimana pun, pihak kami tetap akan meneruskan kerjasama dengan artis-artis lama yang pernah bernaung dibawah syarikat ini”, tambahan Verdon.

Selain itu, Verdon turut berkata bahawa beliau akan menyediakan lebih banyak prasarana, kepakaran ataupun peralatan kepada syarikat itu dalam tempoh masa setahun ini.

“Penyediaan peralatan, prasarana, dan juga kepakaran dalam syarikat ini adalah sesuatu yang sangat penting agar syarikat ini dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi dalam Industri Kreatif terutamanya dari segi pembikinan filem”, katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan