Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Skyline bakal berkerjasama dengan UMS

10:12pm 16/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 172 views Hiburan
Dari kiri Deddy, Verdon dan Zairul semasa sidang media di Hotel Hyatt Regency

Dari kiri Deddy, Verdon dan Zairul semasa sidang media di Hotel Hyatt Regency

KOTA KINABALU- Syarikat pengeluaran dan produk hiburan kreatif, Skyline atau Skylaser Enterprise Sdn Bhd bakal menjalankan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam masa yang terdekat ini.

Pengerusi Skylaser atau Skyline Enterprise Sdn Bhd, Datuk Verdon Bahanda berkata usahasama tersebut adalah untuk mendapatkan produk-produk seperti lagu, lirik dan filem yang berkualiti disamping mencari bakat-bakat yang baharu.

“Ini merupakan satu peluang besar kepada pengkarya-pengkarya tempatan untuk dapat bersama-sama berkembang secara sihat di dalam industri ini dan menjadikan Skyline sebagai platform mereka.

“Kini terdapat ramai bakat-bakat tempatan kreatif berkelulusan sijil, diploma dan ijazah didalam bidang yang berkaitan. Mereka inilah yang ingin pihak Skyline berkerjasama menghasilkan hasil-hasil karya mereka dan seterusnya meningkatkan kerjaya mereka si Sabah”, tambahan beliau.

Sehubungan itu, Pensyarah Filem UMS, Prof Madya Zairul Anuar Md Dawam berkata bahawa pihak UMS mengalu-alukan jika terdapat mana-mana syarikat produksi di Sabah seperti Syarikat Skyline yang bersedia untuk melabur dan terlibat dalam industri secara lansung.

“Ini merupakan peluang keemasan kepada para pelajar untuk menceburi bidang industri kreatif di negeri setelah tamat pengajian mereka tanpa perlu berhijrah pergi Kuala Lumpur.

“Seperti mana kita tahu, industri kreatif ini sememangnya pesat di Kuala Lumpur. Disebabkan itu, kebanyakan pelajar-pelajar dari UMS terpaksa berhijrah ke KL untuk menceburi bidang tersebut secara meluas. Ini secara tidak lansung akan membuatkan negeri kita kehilangan bakat-bakat baru yang mampu melonjakkan industri kreatif di negeri ini”, katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan