Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SKYLASER BANTU KERJAYA ARTIS SABAH

Kakitangan Skylaser bergambar kenangan dengan Reontra (berdiri dua kanan) bersama Rejanah (kanan sekali) dan Cynthis (tiga kiri) di Skyline Studio Iramanis. – Gambar SNT /Ehsan Skylaser

KOTA KINABALU: Skylaser Enterprise Sdn.Bhd. menawarkan khidmat buat artis tempatan bergerak aktif dalam bidang seni.

Telah mewarnai industri hiburan tempatan sejak lebih daripada 30 tahun, syarikat itu masih bertapak kukuh untuk membantu penggiat seni di negeri ini berkarya.

Kini, Skylaser di bawah pengurusan baharu iaitu Pengerusinya Datuk Verdon Bahanda serta ahli lembaga pengarah terdiri daripada Reontra Bahanda, Rejanah Bahanda dan Datin Cynthia George.

Reonta berkata, Skylaser telah di buka kepada umum secara rasmi dengan pembukaan studio baru iaitu Skylinepro Studio di Iramanis, Kota Kinabalu

“Dalam studio ini artis dan orang awam boleh mendapatkan khidmat studio rakaman, live streaming, kemudahan perfileman dan banyak lagi.

“Skylaser juga mempunyai program penerbitan televisyen dan mempunyai kerjasama projek bersama-sama dengan RTM dan juga Astro,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skylaser turut mempunyai cawangan di Cyber Jaya Kuala Lumpur dan mempunyai pasukan yang professional dalam berpengalaman dalam bidang seni.

Sesiapa yang berminat boleh melayari laman web rasmi Skylaser, www.facebook.com/atau skylinepro.com.my/ www.youtube.com/skylinepro atau boleh menghubungi 088-381183.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan