Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skuad Sayang Sabah giat kenalpasti golongan kurang berkemampuan

Armani membantu adik Mohamad Asri menggunakan
Armani membantu adik Mohamad Asri menggunakan alat bantu berjalan.

 

SANDAKAN – Tanggungjawab membantu golonan kurang berkemampuan sentiasa menjadi fokus Skuad Sayang Wanita UMNO Libaran untuk turun padang mengenalpasti masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan.

 

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin berkata, jelajah Skuad Sayang ke beberapa tempat dan menemui warga emas, anak yatim dan ibu tunggal serta keluarga miskin tegar bertujuan mengetahui permasalahan yang dialami, seterusnya menghulurkan bantuan kepada mereka.

 

“Kami telah melawat keluarga dan kanak-kanak istimewa di Kampung Sungai Obar dan Kampung Sungai Manila baru-baru ini. Dalam lawatan singkat itu rombongan kami singgah ke rumah adik Herna Tutong yang kehilangan kedua ibu bapa mereka.

 

“Kehilangan itu menjadikan kehidupan mereka enam beadik lebih tabah dan berdikari. Meskipun sudah kehilangan ibu bapa kehidupan mereka berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Armani bersama ahli jawatankuasa bergambar bersama adik Mohammad Asri.
Armani bersama ahli jawatankuasa bergambar bersama adik Mohammad Asri.

 

Dalam lawatan itu Armani turut menghulurkan sumbangan peribadi dan barangan asas makanan kepada keluarga berkenaan.

 

Program turun padang ‘Masih Ada Yang Sayang’ itu turut berkunjung ke Awang Maul di Kampung Rancangan Sungai Manila, Libaran di sini dan bertemu orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohamad Asri Mohd. Arbaini, berusia sembilan tahun.

 

Armani turut menyampaikan alat bantu berjalan sebagai sumbangan kepada adik Mohamad Asri untuk kemudahan beliau bergerak. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan