Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skuad Sayang Ranau bantu tingkat taraf wanita

sayangranau

 

RANAU : Pelancaran Skuad Sayang Ranau oleh Wanita UMNO Bahagian Ranau diharap dapat membantu merancang dan melaksana program bagi golongan wanita di daerah itu dalam bidang kebajikan, ekonomi dan khidmat-khidmat sosial.

Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Masidi Manjun berkata, program-program tersebut merupakan tulang belakang dalam perjuangan UMNO dan telah banyak membantu golongan sasar di peringkat akar umbi.

“Saya harap agar program ini terus diperhebatkan kerana Wanita merupakan medium terbaik untuk menyampaikan informasi yang tepat kepada masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Ranau di Dewan Masyarakat Ranau, baru-baru ini.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menambah, wanita perlu diberikan dorongan dan sokongan bagi memastikan mereka boleh maju dan berdikari sehingga mencapai kejayaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, penyebaran berita palsu sehingga menadi isu di laman sosial seperti Facebook dan blog, memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Katanya, dengan mempercayai berita yang disebarkan itu seolah-olah menggambarkan sikap sebenar rakyat negara ini yang mudah dipercaya mengenai sesuati perkara itu tanpa usul periksa.

“Kemudahan teknologi menyediakan pelbagai platform untuk mengakses maklumat, namun kita sebagai ahli UMNO haruslah tahu menapis maklumat-maklumat yang dimuatnaik sama ada maklumat tersebut sahih atau pun palsu,” jelas beliau lagi.

Menurutnya bahawa banyak maklumat-maklumat yang disebarkan mempunyai motif-motif sendiri yang mendorong kepada perkara negatif.

Komen


Berita Berkaitan