Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Skuad Pengguna Sabah Puas Hati Harga Barangan Kawalan

11:22pm 02/02/2016 Pak Roshan 46 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

check 2 (2)

KOTA KINABALU : Skuad Pengguna Sabah berpuas hati dengan harga barangan kawalan yang dijual di beberapa pasar basah di negeri itu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) minggu depan.

Pengerusinya Datuk Amisah Yassin berkata hasil pemantaun pihaknya di Kota Kinabalu, Penampang dan Papar mendapati skim kawalan 12 barangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dipatuhi para peniaga.

“Ada peniaga menjual barangan seperti telur, ayam serta sayur tempatan dan import pada harga yang lebih rendah daripada yang ditetapkan KPDNKK susulan penurunan harga petrol dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan harga bersama pegawai penguatkuasa KPDNKK dan Skuad Pengguna Sabah di pasar basah hari ini.

Beliau menasihatkan pengguna supaya membeli barangan yang harganya dikawal pada musim perayaan ini selain mengingatkan peniaga supaya menggunakan label merah jambu untuk barangan kawalan atau berdepan tindakan pihak berkuasa.

Skim kawalan harga itu berkuat kuasa dari 3 Feb hingga 14 Feb bagi barangan seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kobis impot, bawang putih (China), ikan bawal, udang putih besar, daging khinzir, perut dan daging.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan