Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skuad Boling Padang Puas Hati Dengan Dua Pingat Perak – Wan Zawawi

skuad boling padang

MESKIPUN gagal menepati sasaran satu pingat emas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, namun skuad boling padang negara berpuas hati dengan peningkatan prestasi berbanding pencapaian di New Delhi, India, empat tahun lepas.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia Datuk Wan Zawawi Ismail berkata pencapaian dua pingat perak di Scotland adalah lebih baik berbanding satu perak dan satu gangsa menerusi duo berpasukan wanita dan lelaki di New Delhi.

“Memang kita tidak menepati sasaran yang telah dibuat tapi kejayaan kali ini adalah satu peningkatan prestasi buat skuad boling padang negara,” katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan skuad boling padang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin.

Wan Nawawi berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian skuad boling padang kerana berjaya menggalas cabaran dan tanggungjawab membawa nama negara di persada dunia.

Katanya, skuad kebangsaan perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada prestasi bagus ditonjolkan pasukan Afrika Selatan yang berjaya meraih empat pingat emas dan satu perak.

“Walaupun kita satu pasukan yang kerdil namun kita mampu raih dua pingat perak…jika Afrika Selatan boleh buat, maka kita pun boleh lakukan juga. Buat masa sekarang kita akan mantapkan terlebih dahulu prestasi pasukan kita,” katanya. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan