Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skuad Bijak Pengguna promosi premis niaga tawar harga berpatutan

Azizah Mohd. Dun ketika berucap di majlis itu yang dianjurkan Persatuan Industri Kecil dan Sedehana Wanita Sabah (Iksnita). - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun ketika berucap di majlis itu yang dianjurkan Persatuan Industri Kecil dan Sedehana Wanita Sabah (Iksnita). – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Pergerakan Wanita UMNO  di semua peringkat di Sabah digesa bersiap sedia menggerakkan Skuad Bijak Pengguna (SBP) masing-masing bagi mengenalpasti premis perniagaan yang menawarkan harga berpatutan di negeri itu.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, usaha itu selaras dengan program turun padang yang telah dipersetujui semasa mesyuarat peringkat pusat pergerakan itu, baru-baru.

“Program ini adalah menyeluruh di semua peringkat Wanita di negeri ini sebagai usaha kita mengenalpasti seterusnya mengiktiraf kedai-kedai jualan yang menawarkan harga mampu beli. Oleh itu, Wanita perlu siap sedia menggerakkan usaha proaktif ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Jelajah Pendidikan Luar Bandar anjuran IKSnita, di sini hari ini.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, pada Khamis lalu, mengumumkan akan melancarkan gerakan mengenalpasti kedai-kedai yang menawarkan harga barangan berpatutan di seluruh negara.

Shahrizat berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan melalui penubuhan SBP melibatkan peranan ahli dikira-kira 20,000 cawangan Wanita di seluruh negara.

Dalam pada itu, Azizah berkata, inisiatif itu adalah kaedah strategik bagi membantu golongan pengguna khususnya wanita untuk membuat pilihan kedai mana yang mampu memberi lebih nilai ketika berbelanja.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, menerusi usaha disifatkan sebagai satu kempen istimewa itu, kedai yang dikenal pasti itu akan dipamerkan dalam laman web pergerakan itu.

“Sebagai contoh di Beaufort, selain dipamerkan di laman web pergerakan ini, mana-mana kedai yang diiktiraf ini juga akan dipromosikan kepada seluruh masyarakat di kawasan ini. Ia sekaligus memberi keuntungan secara tidak langsung kepada peniaga terbabit kerana kedai jualan mereka akan ‘diiklankan’ secara percuma, seterusnya dikunjungi lebih ramai pembeli,” ujarnya.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpendapat, SBP mampu memberi impak berkesan terhadap usaha kerajaan memastikan harga barangan diturunkan selaras dengan penurunan harga bahan api di negara ini.

Sehubungan itu katanya, beliau meminta semua peniaga, pemborong dan pembekal supaya menentukan harga barang jualan secara berhemah supaya tidak membebankan golongan pengguna. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan