Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skuad Badak janji aksi terbaik 2015

Musa Aman (tengah) bersama barisan pemain Sabah yang bakal menggalas cabaran Liga Perdana musim ini. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (tengah) bersama barisan pemain Sabah yang bakal menggalas cabaran Liga Perdana musim ini. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Tahun 2015 dianggap waktu paling terbaik buat skuad Badak menggembalikan era kegemilangan bola sepak negeri ini setelah mengharungi liku mencabar sejak dua musim lalu.

Sesungguhnya, peminat bola sepak di negeri ini amat mendahagakan kehebatan pasukan Sabah yang berkubur sejak beberapa musim lalu, terutama setelah kegagalan selama dua musim berturut-turut untuk kembali beraksi ke Liga Super.

Punbegitu, dalam Liga Malaysia musim ini, skuad bimbingan Justin Ganai itu dilihat mampu memberikan saingan mantap dan membawa cabaran lebih besar menerusi gandingan pemain lama dan baharu.

Kepercayan itu turut disuarakan Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA), Datuk Seri Musa Aman, yang mengingatkan pemain agar melakukan pengorbananan besar buat pasukan.

Musa Aman (dua dari kanan) berbual dengan penyerang import Sabah,El Hadji Diof, sambil diperhatikan oleh Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) dan Lawrence Gimbang (kiri) dalam majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu pasukan Sabah musim 2015. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (dua dari kanan) berbual dengan penyerang import Sabah,El Hadji Diof, sambil diperhatikan oleh Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) dan Lawrence Gimbang (kiri) dalam majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu pasukan Sabah musim 2015. – foto Ille Tugimin

“Tingkatkan disiplin, baharulah pemain boleh berada berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan. Inilah harapan rakyat Sabah yang sudah lama tidak melihat aksi menarik daripada pasukan mereka.

“Apa yang penting semua pihak dalam Sabah FA perlu bekerjasama dan komited untuk melihat skuad kita berjaya dalam Liga Malaysia musim ini termasuklah dalam saingan Piala Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu pasukan Sabah musim 2015, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Sabah FA I merangkap Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Timbalan Presiden II, Datuk Lawrence Gimbang; Naib-naib Presiden iaitu, Datuk Osman Jamal, Datuk Yusuf Kassim, Datuk Jahid Jahim dan Joehari Ayub serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk T.C Goh dan Setiausaha Agung, Alijus Sipil.

Sabah yang dibarisi 26 pemain pada musim ini turut diperkuatkan dengan kehadiran tonggak import yang menggalas tugas sebagai penyerang iaitu bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf dan Eamon Zayed dari Libya yang pernah mewakili kelab Shamrock Rovers, Ireland manakala pemain pertahanan, Abdoulaye Diagne Faye dari Senegal merupakan bekas pemain Hull City. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan