Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skru longgar ragut nyawa kanak-kanak

Keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan selepas kanak-kanak perempuan maut di pesta ria. – FOTO The News Minute

 

New Delhi: Keseronokan bermain roda gergasi di pesta ria bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun maut selepas gondola dinaiki tiba-tiba jatuh terhempas, malam kelmarin.

Kejadian di Anantapur, Andhra Pradesh itu mengakibatkan enam lagi kanak-kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

The News Minute melaporkan, mangsa terbabit, Amrutha meninggal dunia serta-merta manakala mangsa lain sedang menerima rawatan di Hospital Besar Anantapur.

The Indian Express melaporkan, tragedi itu dipercayai berpunca daripada batang logam pada gondola longgar.

Orang ramai yang menyedarinya sudah memaklumkannya kepada operator roda gergasi berkenaan tetapi malangnya tidak diendahkan kerana dia didakwa mabuk.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan pengunjung di situ yang cuba membelasah operator mabuk terbabit selepas kejadian tetapi berjaya dihalang sebelum lelaki itu diserahkan kepada polis.

Pihak pentadbiran daerah kini sedang menyiasat kejadian itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan