Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SKR1M Tingkat Kapasiti Jalur Lebar Kepada 4Tbps

4:52pm 15/08/2016 Pak Roshan 109 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (tengah) melihat lokasi pendaratan Kabel Dasar Laut SKRIM di pantai Tanjung Aru hari ini. - Foto KKMM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (tengah) melihat lokasi pendaratan Kabel Dasar Laut SKRIM di pantai Tanjung Aru hari ini. – Foto KKMM

KOTA KINABALU – Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sistem kabel fiber optik dasar laut sepanjang 3,800 kilometer menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkapasiti 4 Terabyte/saat (4Tbps) di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kapasiti berkenaan jauh lebih besar berbanding 600-700 gigabyte/saat sedia ada yang dijana melalui kabel dasar laut domestik yang dibangunkan sejak 25 tahun lalu.

Beliau berkata kapasiti sistem SKR1M apabila siap sepenuhnya kelak yang dijadual pada Jun 2017, juga boleh ditingkatkan secara berperingkat sehingga 12Tbps berdasarkan keperluan.

SKR1M bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi malah bakal menawarkan pakej perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih kompetitif, katanya ketika merasmikan majlis simbolik pendaratan kabel SKR1M di Kota Kinabalu hari ini.

Projek SKR1M yang dibina menggunakan gabungan kepakaran tempatan dan Jepun dilaksanakan di bawah inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyasarkan 95 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai askes internet menjelang tahun 2020.

Foto : KKMM

Foto : KKMM

Projek SKR1M bernilai RM619 iaitu RM412 juta sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan RM207 juta lagi daripada Telekom Malaysia itu merupakan satu projek kerjasama di antara Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Telekom Malaysia Berhad.

Projek berkenaan mula dilaksanakan pada tahun 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2017.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Foto : KKMM

Foto : KKMM

“Projek ini adalah amat penting bagi memenuhi permintaan terhadap data yang semakin meningkat. Ia juga menyokong keperluan kapasiti tinggi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Projek Peningkatan Kapasiti Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang sedang diperluaskan bagi memastikan jalur lebar berkelajuan tinggi boleh dinikmati semua pengguna internet di Malaysia,” kata Jailani.

Katanya sistem SKR1M terdiri daripada sambungan lima segmen kabel dasar laut iaitu S1 yang menghubungkan Mersing, Johor dan Kuching, Sarawak, S2 (Kuching ke Bintulu, Sarawak), S3 (Bintulu ke Miri, Sarawak), S4 (Miri ke Kota Kinabalu, Sabah) dan S5 (Kota Kinabalu ke Cherating, Pahang).

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jailani berkata kemudahan berkenaan akan menambah baik kualiti perkhidmatan ICT kepada rakyat selain rakyat menikmati pakej perkhidmatan ICT lebih baik yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan