Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Skoutz 1134 menangi Bakat Bintang Malaysia Timur

Semua pemenang bersama-sama dengan penganjur dan penaja merakamkan  gambar kumpulan
Semua pemenang bersama-sama dengan penganjur dan penaja merakamkan gambar kumpulan

KOTA KINABALU-Seperti yang dijangka, Skoutz 1134 memenangi persembahan peringkat akhir Bakat Bintang Malaysia Timur di Bandar Kim Fung Sandakan hujung minggu lalu.

Penari K-Pop pula menduduki tempat kedua manakala penari Jerry Lin meraih tempat ketiga.

Sementara itu, The Battalion A memenangi anugerah paling popular, N-Way bagi katagori gaya persembahan terbaik, Juliana Ho Chui untuk katagori pakaian yang terbaik dan Ain pula menerima anugerah juri terbaik.

Tiga pemenang utama akan mewakili Sandakan di pertandingan  separuh akhir di pusat membeli-belah Imago di Kota Kinabalu pada 25 Julai.

Pengarah Urusan  Borneo Events Sdn Bhd merangkap pengerusi penganjur Peter Dicky Lee. Peter berkata beliau  amat gembira dengan kehadiran orang ramai yang ramai dan bakat hebat yang ditunjukkan.

Menurutnya para peserta  benar-benar mengejutkan beliau dengan begitu banyak kumpulan-kumpulan tarian yang menakjubkan.- SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan