Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SKMM Keluarkan Garis Panduan ‘Admin’ WhatsApp

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan peringatan kepada pentadbir (admin) kumpulan aplikasi pesanan berhubung apa yang patut dan tidak dilakukan.

Garis panduan itu dikeluarkan susulan laporan ekslusif BH pada 27 April lalu berhubung admin kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Dalam laman web rasminya (www.mcmc.gov.my), SKMM menggariskan 12 panduan peringatan terhadap pentadbir kumpulan mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Antara lain, admin perlu memaklumkan kepada ahli kumpulan berhubung tujuan kumpulan itu diwujudkan dan memikirkan sama ada peraturan asas diperlukan.

Admin juga, katanya, perlu prihatin terhadap peraturan atau syarat penyedia platform. “Admin perlu menegur posting atau komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul dan sentiasa menyemak posting atau komen berkenaan.

“Admin juga wajar mempertimbang untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting atau komen jelik, selain bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan,” katanya.

SKMM mengingatkan semua pentadbir kumpulan supaya mengelak daripada menjadi pentadbir tidak aktif dan senyap. Katanya, mereka tidak boleh melanggar garis panduan ditetapkan oleh penyedia platform seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram.

“Admin tidak boleh menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap komen jelik dan membenarkan perbincangan keluar daripada topik.

“Tidak boleh takut untuk bertegas dengan ‘troll’ atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.

“Admin juga tidak boleh mengganggu atau menghalang siasatan pihak berkuasa,” katanya. – Berita Harian

Komen


Berita Berkaitan