Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SKMM Beri Peringatan Jangan Sebar Maklumat Palsu

skmm

JANGAN sebarkan maklumat palsu atau sebarang khabar angin yang tidak benar berhubung isu 1Malaysia Development Berhat (1MDB).

Itulah peringatan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melalui sebuah kenyataan di laman Facebooknya.

Di dalam kenyataan itu juga, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih termasuk melalui aplikasi permesejan Whatsapp dan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya bersalah.

“Adalah menjadi satu kesalahan bila berkongsi atau menyebarkan perkara-perkara atau kandungan sedemikian kerana ia mungkin melanggar undang-undang negara khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika didapati bersalah hukumannya adalah denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penjara,” jelas SKMM.-mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan