Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SKM komited transformasikan koperasi melalui perniagaan Trak Makanan

12:52pm 20/04/2017 Elezebeth Esther Onjining 29 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

RASMI… Hajiji (tujuh dari kiri) merasmikan Seminar Perniagaan Food Truck Koperasi Negeri Sabah di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Sabah, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) komited mentransformasikan koperasi melalui perniagaan Trak Makanan (Food Truck) agar menjadi sebuah entiti pembangunan sosio-ekonomi yang lebih teratur, cekap dan berkesan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata terdapat pelbagai peluang perniagaan untuk diterokai dan penglibatan rakyat secar berkumpulan dapat meningkatkan sumbangan sektor koperasi.

“Dalam konteks Trak Makanan ini, koperasi berperanan sebagai tunjang yang menjadi payung kepada semua pengusaha dan usahawan trak makanan dimana pelbagai faedah dan kemudahan bakal dinikmati oleh ahli-ahli koperasi.

“Koperasi berperanan sebagai pemudah cara bagi anggotanya bagi menangani isu-isu seperti modal kerja, perlesenan, lokasi dan lain-lain isu berbangkit,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar perniagaan Trak Makanan koperasi negeri Sabah, dekat sini, hari ini.
Menurut Hajiji, masyarakat setempat digalakkan untuk menubuhkan koperasi dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan mereka.

“Oleh itu, kesedaran tentang manfaat berkoperasi perlu disebarluaskan untuk menarik minat rakyat menyertai atau menubuhkan koperasi.

“Dengan cara itu, ia dapat mewujudkan situasi saling bantu membantu dan pada masa yang sama mampu menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan mewujudkan sumber pendapatan yang boleh menjana kekuatan ekonomi,”katanya.

Di samping itu, Hajiji berkata para usahawan khususnya koperator Bumiputera berpeluang mendapatkan maklumat mengenai potensi dan peluang perniagaan khususnya Trak Makanan melalui seminar yang berlansung selama sehari itu.

“Para peserta turut berpeluang mengenalpasti isu-isu dan perkara berbangkit dalam perniagaan Trak Makanan seperti perlesenan dan perundangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), lokasi dan waktu perniagaan, kebersihan dan persijilan makanan, spesifikasi kenderaan yang dibenarkan, pembekal trak makanan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan platform perniagaan ini,”katanya

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek bantuan pembangunan sejumlah RM 15,000 kepada Koperasi Bumiputera Ranau Berhad dan sijil pendaftaran koperasi kepada Koperasi Usawahan Food Truck Sabah Berhad.

Hadir sama, Pengarah SKM Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

HAJIJI (tengah) sambil ditemani Umar (tiga dari kiri) menyampaikan cek bantuan pembangunan kepada wakil Koperasi Bumiputera Ranau Berhad (tiga dari kanan) sempena seminar perniagaan Trak Makanan Koperasi Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda