Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Skim perumahan belia sasar 20,000 permohon

6:13pm 05/11/2015 Ann Vivien 46 views Tempatan,YB Datuk Haji Hajiji Haji Noor
gambar kenangan bsn dato sri Hajiji(tenga dari kiri),datuk yunos(tenga dark kanan) timbalan ketua eksekutif bsn Dan en hamdan hussin(kiri) pengarah perniagaan negeri bsn sabah merasmikan penjanamaan semula wisma bsn

Hajiji(dua kiri),Datuk Yunos(dua kanan) serta  Timbalan Ketua Eksekutif BSN  Hamdan Hussin(kiri) semasa acara perasmian – Photo Alex Mairin/Sayangsabah

KOTA KINABALU:Skim Perumahan Belia satu inisiatif kerajaan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Gadai Janji Nasional (Cagamas Berhad) akan memberikan peluang kepada golongan belia untuk memiliki rumah pertama pada usia muda.

Menteri Kerajaan Perumahan dan Tempatan Negeri Sabah Datuk Hajiji Bin Haji Mohd Nor berkata sebanyak 20,000 permohonan yang disasarkan untuk memohon melalui skim ini yang melibatkan belia seluruh negara.

Setakat ini sebanyak 600 permohonan telah diterima dan 80 permohonan daripada jumlah itu adalah pemohon dari Sabah, beliau berkata ketika berucap merasmikan Penjenamaan semula BSN di Wisma BSN hari ini.

“Skim ini adalah layak bagi belia yang telah berkeluarga dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 35 tahun dengan nilai hartanah antara RM100,000 dan tidak melebihi RM500,000,”katanya.

Tambah beliau peminjam  boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembiayaan ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan.

Beliau menyeru golongan belia agar merebut peluang yang ditawarkan ini.

Dalam majlis yang sama Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) BSN Datuk Yunos Abd Ghani,  menyatakan setakat ini sebanyak 30 unit pembelian rumah bernilai RM7.240 juta telah diluluskan di Sabah.

Beliau menambah kelulusan untuk permohonan skim ini adalah bergantung kepada kelayakan pemohon untuk membayar balik pinjaman tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan