Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Skim Penempatan Pelarian perlu dipindahkan ke kawasan lebih sesuai- Samsudin

5:21pm 22/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 5 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri disarankan agar memindahkan Skim- skim Penempatan Pelarian di Sabah ke sebuah kawasan yang lebih sesuai supaya tidak menjejaskan program pembangunan kerajaan.

Datuk Samsudin Yahya (BN- Sekong) berkata Skim- Skim penempatan tersebut telah berada di tengah- tengah pusat pembangunan disebabkan kemajuan pesat negeri Sabah.

” Skim Penempatan Kg Bahagia ini terletak di kawasan Sungai Mowtas dan bersebelahan jeti paip minyak sawit Lembaga Pelabuhan Sg. Mowtas. Dua kilang minyak sawit 1OT dan IJM juga terletak di kawasan Sg. Mowtas.

” Skim penempatan Pelarian ditengah- tengah kawasan industri minyak sawit tidak lagi sesuai dan boleh mendatangkan ancaman keselamatan terutamanya ancaman kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Sabah 2017 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini hari ini.

Terdahulu, katanya, dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri semasa awal kemasukkan orang- orang pelarian pada tahun 1970 an hingga tahun 1980- an adalah memberi pelindungan sementara kepada orang- orang pelarian sehingga selesai perang di selatan Filipina.

” Kerajaan negeri Sabah pada masa itu, telah menerima orang- orang pelarian Filipina ini atas dasar kemanusiaan.

” Ini selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Selain itu, Samsudin turut mencadangkan agar kerajaan negeri membuat perundingan dengan pihak serta kerajaan Filipina bagi menyediakan sumber kewangan secara bersama dalam program penempatan semula orang- orang pelarian di Sabah.

Katanya, sejumlah 3,013 rumah wujud di lima buah skim penempatan termasuklah Skim Penempatan Pelarian Telipok, Menggatal, Skim Penempatan Kg. Bahagia Sandakan, Skim Penempatan Pelarian Kg. Hidayat Tawau, Skim Penempatan Pelarian Kg. Selamat, Semporna.

” UNCHR telah membelanjakan sejumlah lebih kurang RM12 juta untuk membiayai projek- projek untuk orang pelarian di negeri Sabah semasa awal kemasukan pelarian Filipina.

” Namun pembiayaan oleh UNHCR ini telah dihentikan pada pertengahan 1980-an dan selepas itu pengurusan serta soal- soal kebajikan, penyediaan pendidikan terutamanya kelas- kelas KAFA dikendalikan oleh Unit Penempatan, Jabatan Ketua Menteri bersama- sama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan