Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SKAS bawa pulang satu perak dan satu gangsa dalam EMZ Championship 2017

(Dari kiri) Leon Liew Le Yuong, Andryan dan Lester.

KOTA KINABALU: Persatuan Karate Shotokan Sabah (SKAS) membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam kejohanan 11th Edition Of The East Malaysian Zone (EMZ) Championship 2017 anjuran Sarawak Shitoryu Karate-Do yang diadakan baru-baru ini.

SKAS telah menghantar tiga peserta ke kejohanan berkenaan dan menyaksikan Andryan Chong Sze Hoong membawa pulang pingat perak dan Lester Chong Zhi Xuan membawa pulang pingat gangsa dalam acara Kata dan Kumite.

Presiden SKAS Simon Chia berkata, kejohanan ini merupakan kejohan antarabangsa yang kedua disertai oleh SKAS pada tahun ini yang turut disertai oleh Singapura, Brunei dengan seramai 160 peserta.

“Ketiga-tiga peserta yang kita hantar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan dalam masa sama kejohanan ini juga membantu peserta untuk memperbaiki lagi kemahiran mereka di samping turut menimba pengalaman dalam kejohanan peringkat antarabangsa.”

“Kami di SKAS tidak sabar untuk menyertai kejohanan yang akan diadakan pada tahun hadapan kerana kita percaya dengan adanya pengalaman dalam kejohanan kali ini kita akan dapat memperbaiki lagi pencapaikan kita.”

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur Kejohanan Sensei Harem Peri kerana menjemput kami dalam kejohanan ini,”katanya./SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan