Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SK Tomis terima RM5,200 Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

Sudi (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang bapa murid sekolah itu. - foto Monica Gidong
Sudi (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang bapa murid sekolah itu. – foto Monica Gidong

TAMPARULI – Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia untuk semua pelajar sekolah dari Tahun Satu sehingga Tingkatan 5, merupakan bukti keprihatinan kerajaan memastikan setiap pelajar termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar mendapat peluang pendidikan sama rata.

Sehubungan itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tomis Tamparuli, Sudi Tanggar menasihatkan semua ibu bapa murid sekolah itu supaya menggunakan bantuan itu sebaik mungkin untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak.

“Gunakanlah bantuan ini dengan penuh bertanggungjawab kerana ia adalah hak anak-anak. Pemberian bantuan seumpama ini kepada semua murid sekolah termasuk di kawasan luar bandar jelas menunjukkan kerajaan sangat prihatin terhadap pembelajaran anak-anak di luar bandar.

“Saya juga berharap agar bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberikan kesedaran kepada semua murid supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang, bukan untuk diri sendiri dan keluarga tetapi untuk mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM5,200 kepada seramai 52 orang murid SK Tomis, di sini hari ini.

Sudi berkata penyediaan pelbagai bantuan pendidikan di negeri ini juga adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan setiap pelajar berpeluang mendapat pendidikan yang sama rata tanpa menyisihkan kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM46,311,500 bantuan khas awal persekolahan 1Malaysia untuk diagih-agihkan kepada seramai 463,115 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah, tahun ini. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan