Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SK Tiong Perungusan juara merentas desa Zon Nabalu

2:28pm 17/11/2015 Ann Vivien 238 views Sukan,Tempatan
 Nikson memberikan arahan kepada peserta sebelum memulakan larian.

Nikson memberikan arahan kepada peserta sebelum memulakan larian.

TAMPARULI: Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong Perungusan Tamparuli, dinobatkan juara keseluruhan Merentas Desa Zon Nabalu, baru-baru ini mengalahkan sembilan sekolah lain.

Tempat kedua dimenangi SK Giok dan tempat ketiga SK Tomis. Manakala juara kategori perempuan dimenangi Lenny Matius dari SK Tiong Perungusan dan juara kategori lelaki dimenangi Ebedy Dauseh dari SK Wasai.
Pengerusi Penganjur yang juga Guru Besar SK Tomis, Sudi Tangara berkata, pertandingan Merentas Desa yang julung kali dianjurkan sekolah itu, disertai 10 buah sekolah Zon Nabalu.
“Antaranya SK Bongol, SK Giok, SK Kelawat, SK Lokos, SK Rungus Nahaba, SK Sinulihan, SK Wasai dan SK Tomis. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru sukan Zon Nabalu kerana berjaya menganjurkan program yang julung kali diadakan ini,” katanya.
Sementara itu Penyelaras Kejohanan Nikson Dauni berharap, acara merentas desa akan menjadi acara tahunan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam murid sekolah rendah seterusnya melahirkan atlet jarak jauh ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu katanya, acara seumpama itu diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru-guru Zon Nabalu.
“Saya juga berharap agar, ada pihak yang bermurah hati memberikan tajaan hadiah untuk acara ini, pada masa akan datang,” katanya.
 Kesemua penerima hadiah bergambar bersama selepas acara itu.

Kesemua penerima hadiah bergambar bersama selepas acara itu.

Jarak larian sejauh 5 kilometer iaitu bermula dari Kampung Tomis Lama – Kg.Tiong Ratau dan balik semula ke Kg.Tomis Lama.
Nikson berkata, lokasi itu amat sesuai kerana selamat serta mendapat kerjasama semua penduduk kampung.
“Kejayaan program ini hasil kerjasama semua guru Zon Nabalu serta penduduk kampung,” katanya dan menambah acara itu disertai 80 peserta iaitu setiap sekolah menghantar empat peserta lelaki dan empat peserta perempuan.
“Jumlah peserta terpaksa kami hadkan kerana ini pertama kali kami anjurkan. Kita berharap lebih ramai peserta akan menyertai acara ini pada masa akan datang,” katanya.-Monica Gidung/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan