Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SK Tambulion juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah peringkat Kota Belud

Ewon bergambar bersama juara, Pasukan SK Tambulion. Gambar SNT/Ehsan KPLB

KOTA BELUD: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambulion muncul juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah, Peringkat Daerah Kota Belud, di Padang SK Tamu Darat, di sini, kelmarin.

Pasukan sekolah itu berjaya menewaskan pasukan SK Kulambai dengan jaringan 1-0 pada perlawanan peringkat akhir kejohanan itu.

Manakala tempat ketiga dimenangi pasukan SK Piasau. Kejohanan itu yang disertai 29 pasukan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Ogos lalu.

Ewon turut bergambar kenang-kenangan dengan naib johan, SK Kulambai. Gambar SNT/Ehsan KPLB

Kesemuahadiah disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Ewon Benedick.

Ketika berucap pada majlis itu, Ewon berharap pasukan SK Tambulion yang akan mewakili daerah itu ke Kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri dapat melakukan yang terbaik sekaligus mengulangi kejayaan pasukan Kota Belud tahun lalu.

“Kejohanan seumpama ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepek seterusnya meningkatkan semangat kesukanan dikalangan murid sekolah rendah,” katanya.

Sementara itu Jurulatih SK Tamu Darat Keiru Jumin berkata, pada tahun lepas SK Tamu Darat mewakili daerah Kota Belud ke Kejohanan Bola Sepak peringkat negeri seterusnya mewakili Sabah peringkat Kebangsaan.

Pemanang kejohanan menerima hadiah berupa piala, medal, sijil penyertaan dan beg sekolah sumbangan Yayasan Bank Rakyat.

Ewon ketika melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah-sekolah Kota Belud.Gambar SNT/Ehsan KPLB

Pada majlis itu Ewon turut melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Kota Belud.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan