Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SK Pangkalan Abai dapat RM85,000bina dewan terbuka

sk kuala abai

KOTA BELUD 18 Ogos – Kerajaan memperuntukan sejumlah RM85,000 untuk membina sebuah dewan terbuka baharu buat Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Abai, di sini.

Perkara itu diumumkan olwh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dalam majlis jalinan mesra Aidilfitri di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa membantu menyediakan kemudahan kepada rakyat termasuk pembinqan dewan bagi kegunaan warga sekolah melaksana pelvagai aktiviti.

“Bantuan kerajaan tidak mengira masa. Kita melaksana tanggungjawab untuk semua pihak dan semua ini merupakan sebahagian daripada usaha kita menyediakan keperluan sekolah-sekolah termasuk di daerah ini.

“Untuk merealisasikan impian sesebuah institut pendidikan melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi, berwawasan dan berintergriti, ia memerlukan tanggungjawab dan kerjasama semua pihak,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menambah, oleh sokongan terhadap sistem pendidikan di negara ini adalah perlu dalam memperkembangkan potensi individu itu dari segi intelek, rohank dan jasmani.

Katanya, usaha itu harus berterusan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat.

Difahamkan, SK Pangkalan Abai yang ada sekarang ini dibina pada tahun 1990, sebelum itu, warga sekolah itu terpaksa menumpang di sebuah balai raya di Kampung Pangkalan Abai dengan hanya dua bilik darjah dan 30 murid.

Dalam pada itu, malam jalinan mesra Aidilfitri itu dimeriahkan dengan beberapa acara menarik.

Antaranya, persembahan koir oleh murid-murid SPKA, pertandingan lagu-lagu Aidilfitri kanak-kanak, persembahan tarian Rambai oleh PIBG SKPA dan cabutan tiket bertuah.

Komen


Berita Berkaitan