Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SK Mutiara tempat ketiga Pertandingan Action Song di Festival Sekolah Kluster Kecemerlangan Kebangsaan

Pelajar SK Mutiara yang meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Action Song Festival bergambar bersama guru pengiring mereka. – Gambar SNT / Ehsan SK Mutiara

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara Kota Kinabalu mendapat tempat ketiga dalam kategori sekolah rendah pada Pertandingan Action Song di Festival Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018 semalam.

Kejayaan meraih kedudukan ketiga terbaik itu membolehkan mereka menerima piala, hamper dan sijil penghargaan.

Kira-kira 30 buah sekolah rendah menyertai pertandingan itu yang diadakan di Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Raja, Pontian Johor.

Dalam kategori sekolah rendah johan dimenangi SK Cyber Jaya manakala SK Subang Jaya dan SK Mutiara Kota Kinabalu masing tempat kedua dan ketiga.

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berupa piala, hamper dan sijil penghargaan.

SK Mutiara Kota Kinabalku disertai oleh Tatiana Gracie, Adhwa Iffahanah, Aleesya Nur Fateehah, Aleysia Awendra, Alya Marissa, Anabell, Ayu Danisha, Casandra Ann, Dhia Irdina, Eva Kirsten, Jelita, Nur Alysha Fariha, Nur Anis, Nur Amira dan Shamimi Azzaleya.

Mereka turut diiringi oleh tiga guru sekolah berkenaan dalam pertandingan itu. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan