Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SJK (C) CHUNG HWA TERIMA BANTUAN BAIKI SEKOLAH

BERGAMBAR KENANGAN .... Dennison (duduk ketiga dari kanan), Jon Wine (kedua,kanan), Raymond (kanan) dan William (tengah) bergambar bersama Yap (duduk, kedua kiri) serta kakitangan SJKC Chung Hwa Tenghilan.
BERGAMBAR KENANGAN …. Dennison (duduk ketiga dari kanan), Jon Wine (kedua,kanan), Raymond (kanan) dan William (tengah) bergambar bersama Yap (duduk, kedua kiri) serta kakitangan SJKC Chung Hwa Tenghilan.

TENGHILAN (Tamparuli): Keprihatinan pelbagai pihak terhadap pembangunan fizikal serta keselesaan kakitangan sekolah sentiasa dialu-alukan.

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tenghilan,Yap Wing Foh, berkata sumbangan yang diterima sememangnya amat bermakna lebih-lebih lagi bagi sekolah jenis kebangsaan yang sentiasa memerlukan sokongan dan bantuan.

 “Kami sentiasa mengalu-alukan keprihatinan para dermawan demi membantu pihak sekolah terutamanya berhubung kebajikan kakitangan khususnya di sekolah ini,” katanya pada majlis singkat Jamuan Makan Tengahari Sempena Pesta Kuih Bulan di kantin sekolah itu.

Beliau juga menghargai usaha yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang berusaha untuk mendapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat bertujuan untuk membantu pembangunan prasarana dan kelengkapan sekolah.

“Dengan adanya sumbangan kemudahan membaiki prasarana di sekolah ini, guru-guru di sini menikmati kemudahan sama seperti mereka yang mengajar di kawasan bandar besar terutama dalam mendapatkan berita-berita terkini yang secara tidak langsung meredakan stress menjalankan tanggungjawab masing-masing,” ujar beliau.

 Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah William Chin Tai Fook dan wakil daripada Tapak Warisan Sdn Bhd Jon Wine Sundang dan Dennison R. Indan.

TERIMA .... Yapmenerima Kuih Bulan daripada Jon Wine Sundang yang mewakili Tapak Warisan.
TERIMA …. Yapmenerima Kuih Bulan daripada Jon Wine Sundang yang mewakili Tapak Warisan.

 

BAJU T .... Dennison (tengah) menyerahkan Baju T  kepada William untuk tujuan majlis pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Baru Sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi.
BAJU T …. Dennison (tengah) menyerahkan Baju T kepada William untuk tujuan majlis pecah tanah Projek Pembinaan Bangunan Baru Sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

Komen


Berita Berkaitan