Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SJK (C) Chi Vun, sekolah pertama lancar program ‘3K’, ‘SUDUT SISA SIFAR’

6:52pm 25/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 58 views Pendidikan,Tempatan
Azlan (empat dari kiri) melancarkan Program 3K dan Sudut Sisa Sifar sambil diperhatikan oleh Chew Vui Fah (tiga dari kiri), Ho Shin Yung (tiga dari kiri), Chew Vui Kong (kiri), Helen Wong (dua dari kiri), Chew Vui Kiong (kanan) dan ahli lembaga yang lain.

Azlan (empat dari kiri) melancarkan Program 3K dan Sudut Sisa Sifar sambil diperhatikan oleh Chew Vui Fah (tiga dari kiri), Ho Shin Yung (tiga dari kiri), Chew Vui Kong (kiri), Helen Wong (dua dari kiri), Chew Vui Kiong (kanan) dan ahli lembaga yang lain.

TENOM: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Vun mencatat sejarah apabila muncul sebagai sekolah rendah pertama menganjurkan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) dan pelancaran Sudut Sisa Sifar (Zero Waste Corner).

Pegawai Pelajaran Daerah Tenom, Encik Azlan Dimon berkata Sudut Sisa Sifar (zero waste corner) akan membimbing dan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya menjaga persekitaran sekolah yang bersih dan bebas daripada sampah dan bahan plastik.

“Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Ketiga perkara ini tidak boleh dikompromi kerana ia melibatkan murid-murid sekolah secara langsung”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) dan Sudut Sisa Sifar (Zero Waste Corner), disini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sekolah tidak dapat lari daripada menghadapi masalah sisa buangan seperti sampah dan bahan plastik yang perlu ditangani agar ia tidak mecemarkan alam sekitar.

“Murid-murid sekolah perlu diterap dan dididik dari peringkat sekolah rendah lagi tentang aspek penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar”, tambahnya.

Terdahulu, sekolah tersebut pernah menerima anugerah sebagai Sekolah Penyayang Peringkat Kebangsaan dan sekolah rendah pertama yang melancarkan Program Kitar Semula.

Disamping itu, guru-guru dan murid sekolah itu juga mengusahakan kebun sayur sejak dua tahun lalu dan hasil daripada kebun itu digunakan untuk makan tengahari murid-murid dari keluarga kurang mampu yang mengikuti kelas tambahan pada sebelah petang.

Hadir sama, usahawan tenusu terkenal merangkap penaja susu segar bagi kempen ‘Minum Susu Segar’, Datuk Yap Yun Fook, Yang Di-Pertua (YDP) Lembaga Pengurusan Sekolah, Ho Shin Yung, YDP Persatuan Ibu-Bapa dan Guru-Guru (PIBG), Chew Wui Fah, Timbalan YDP PIBG, Madeline Yap Vun Na, Guru Besar sekolah, Helen Wong, Ahli lembaga yang hadir terdiri daripada Encik Chew Vui Kiong dan Encik Chew Vui Kong serta ahli jawatankuasa PIBG, Puan Shuhaila Ahmad.-SayangSabah

Murid sekolah menunjukkan hasil sayuran yang ditanam di kabun sayur sekolah itu.

Murid sekolah menunjukkan hasil sayuran yang ditanam di kabun sayur sekolah itu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan