Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Situasi Banjir Di Sabah Dipantau – Najib

pm1

KUALA LUMPUR – Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan memantau keadaan hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan seperti Kota Belud dan Beaufort di Sabah.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook dan Twitter beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penduduk yang terjejas juga akan dibantu.

“Bagi kawasan Kota Belud dan lain yang terjejas, semua harta benda awam termasuk sekolah dan jalan perhubungan akan dibaiki oleh kementerian yang bertanggungjawab sekiranya mengalami kerosakan manakala penduduk yang perlu dipindah semula akan dibantu secepat mungkin,” katanya.

Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian di Kota Belud awal pagi semalam, dan menyebabkan penduduk di Kampung Malangkap Baru di daerah itu terputus hubungan.

Pada Januari lalu, daerah Beaufort, Membakut, Tenom, Sipitang dan Papar terjejas teruk akibat banjir yang turut memusnahkan beberapa rumah, sekolah dan hasil pertanian. Beaufort adalah antara daerah yang sering dilanda banjir setiap kali berlaku hujan berterusan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan