Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siti Nordiana Selesa Dengan Status Janda

12:55pm 21/11/2015 Pak Roshan 593 views Hiburan,Mutakhir

nana

SEMENJAK kemunculan semulanya dalam industri seni dengan menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV2), nama Siti Nordiana kembali menjadi sebutan dan perhatian ramai yang selama ini merindukan suara penyanyi itu.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini ternyata tidak dapat lari daripada soalan mengenai jodohnya daripada para peminat setelah enam tahun hidup sebagai ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Mengulas persoalan itu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, dia sebenarnya selesa dengan kehidupannya kini disamping anaknya meskipun memegang status seorang janda.

“Saya selesa dengan status sebagai ibu tunggal dan tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat. Buat masa ini fokus saya adalah untuk membesarkan anak lelaki saya dan kerjaya seni semata-mata.

“Urusan jodoh ini saya serahkan sepenuhnya kepada Tuhan dan enggan terburu-buru membuat keputusan. Biarlah lelaki yang hadir dalam hidup saya itu nanti bukan sahaja dapat menerima saya, malah dia juga perlu serasi dengan anak tunggal saya,”jelasnya memetik laporan dari BH Plus.

Terdahulu, Nana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faizal Yusup, namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila memilih untuk bercerai pada tahun 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak bernama Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.

Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan