Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siti Nordiana juara GV2

12:23am 14/12/2015 Pak Roshan 465 views Hiburan,Mutakhir

13gegar.transformed

SHAH ALAM: Penyanyi Siti Nordiana, 31, menepati ramalan muncul juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua (GV2), yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Siti Nordiana atau lebih popular dengan panggilan Nana menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahadhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong Sweet Child, sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi serta berpeluang merakamkan single terbitan Astro.

Nana yang dikenali menerusi lagu Memori Berkasih turut menerima pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000.

Lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain dipersembahkan oleh Nana dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Farahdhiya, 31 dan tempat ketiga dimenangi Ezad Lazim.

Penyanyi Nassier Wahab pula mendapat tempat keempat; tempat kelima Acong Sweet Child danHaiza, tempat keenam.

Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Vida; Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan