Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sistem tagal melindungi hidupan sungai

4:33pm 05/02/2016 Ann Vivien 138 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Ellron (tengah) bergambar kenangan bersama penduduk sambil menunjukan ikan yang diperoleh di tagal Kg. Kilo.

Ellron (tengah) bergambar kenangan bersama penduduk sambil menunjukan ikan yang diperoleh di tagal Kg. Kilo.

KENINGAU: Sistem “Tagal” yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah mampu mengekalkan ekosistem sungai dan memberi perlindungan kepada hidupan di sungai terutama ikan yang menjadi sumber makanan kepada penduduk setempat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, Tagal merupakan benteng kepada perbuatan segelintir penduduk yang mengamalkan cara menangkap ikan yang bukan sahaja memudaratkan hidupan sungai tetapi juga kepada manusia seperti menuba dengan racun dan renjatan elektrik.

Berbanding pada zaman dahulu katanya, yang  hanya menggunakan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti  bubu, jala dan sebagainya.

Katanya, sejak kebelakangan ini ikan-ikan di sungai semakin berkurangan dan kemungkinan menjadi pupus jika tiada usaha melindunginya.

“Mujurlah Jabatan Perikanan dapat memperkenalkan tagal dan kini telahpun dilaksanakan di seluruh Sabah termasuk di kawasan Pedalaman” katanya selepas melancarkan penuaian ikan tagal Kg. Kilo  Lanas baru-baru ini.  Justeru itu katanya, tagal perlu diperluaskan untuk kepentingan bersama dan bagi melindungi ekosistem sungai dan melindungi hidupan sungai.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan