Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sistem perparitan di Kolombong dikaji semula

20 yahya

KOTA KINABALU- Kajian Pelan Induk Saliran Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang berjalan akan mengkaji semula sistem perparitan yang sedia ada di kawasan Kolombong.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata kajian terperinci mengenai cadangan ‘detention pond’ atau ‘retention pond’ perlu dilakukan bagi mengenal pasti kesesuaian cadangan tersebut.

“Masalah banjir di Kolombong adalah disebabkan paras tanah yang rendah dan dipengaruhi oleh air pasang surut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Dr Roland Chia Ming Shen (DAP- Inanam) berkenaan jangka masa diambil untuk melakukan kajian mengenai kawasan banjir di Kolombong pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Tambahnya, hampir semua kawasan lapang di kawasan berkenaan telah dibangunkan.

Yahya berkata, antara Projek Tebatan Banjir dalam kawasan DUN Inanam ialah Rancangan Tebatan Banjir Sg. Darau di Kg Pulutan yang berjumlah RM 14 juta dan dijangka siap pada tahun ini.

“Selain itu, Rancangan Tebatan Banjir Sg Menggatal, Sg Dambal yang berjumlah RM 9 juta dan telah siap tahu  2012 serta Rancangan Tebatan Banjir Sg Menggatal Sg Darau berjumlah RM 6.5 juta dan telah siap di tahun 2011,”katanya.

Selain itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli berkata hasil kajian tersebut akan digunakan sebagai panduan untuk mengatasi atau mengurangkan banjir di kawasan berkenaan.

“Kajian bermula pada 1 Julai 2014 tersebut adalah bagi mengenalpasti pilihan-pilihan yang sesuai dan ‘economically feasible’ bagi maksud tersebut,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan