Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sistem pendidikan memerlukan amalan pengurusan baik, berkualiti

Para penerima Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2018 mengabadikan gambar bersama Mohammad (tengah) di Karnival Pamer Keunggulan di perkarangan Wisma Pendidikan Negeri Sabah. – Gambar SNT / Ehsan Jabatan Pendidikan Sabah

KOTA KINABALU: Amalan pengurusan yang baik akan dapat memastikan Sabah mempunyai satu sistem pendidikan yang berkualiti sejajar dengan aspek yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysaia 2013-2025.

Ketua Menteri, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan sendiri telah mempertingkatkan dan menambah baik sektor pendidikan negara dengan merancang pelbagai dasar mentransformasikan sistem negara agar terus relevan.

Ahli kumpulan Kelab Muzik Tradisional SMK Klias, Beaufort, mempersembahkan lagu-lagu tradisional negeri ini semasa Karnival Pamer Keunggulan di perkarangan Wisma Pendidikan Negeri Sabah. – Gambar SNT / Ehsan Jabatan Pendidikan Sabah

Mohd Shafie berkata, perkara itu selari dengan matlamat kerajaan untuk mempersiapkan generasi muda hari ini dengan keperluan bagi menghadapi revolusi perindustrian 4.0 yang lebih mencabar.

“Kita semua perlu sedar untuk merealisasikan matlamat tersebut bukanlah suatu yang mudah. Keberhasilan dan impaknya juga tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat, sebaliknya ia memerlukan unjuran ruang dalam tempoh masa yang wajar.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Maimunah Suhaibil (dua dari kanan) menyerahkan cendera kenangan kepada Mohammad yang mewakili Mohd Shafie dalam Karnival Pamer Keunggulan di perkarangan Wisma Pendidikan Negeri Sabah. – Gambar SNT / Ehsan Jabatan Pendidikan Sabah

“Apatahlagi dalam usaha kita untuk melonjakkan pencapaian ekonomi negara ke tahap rantaian nilai yang tinggi dan pada masa, kita menghadapi iklim ekonomi global yang semakin kompetetif,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Pamer Keunggulan 2018 di Wisma Pendidikan Negeri Sabah (WPNS) di sini hari ini.

Mohd Shafie diwakili Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Mohammad Mohamarin. Dalam majlis itu, Mohamad turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Sabah 2018 kepada 14 penerima yang terpilih.

Sebahagian daripada orang ramai dan peserta yang menghadiri acara perasmian penutupan Karnival Pamer Keunggulan di perkarangan Wisma Pendidikan Negeri Sabah. – Gambar SNT / Ehsan Jabatan Pendidikan Sabah

Dalam pada itu, kira-kira 4,000 peserta yang terdiri daripada 43 buah sekolah, agensi kerajaan dan swasta telah menyertai karnival anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu selama dua hari yang berakhir hari ini.

Mengenai program itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah khususnya bahagian Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang berjaya mengadakan program yang mempamerkan kemenjadian pelajar.

Katanya, perkonsian amalan baik melalui pameran dan aktiviti seperti ini selaras dengan saranan untuk mengaplikasikan pengurusan berkualiti yang turut sama dalam memainkan peranan penting di dalam menghasilkan sistem pendidikan yang bermutu.

Beliau menambah, pengurusan berkualti bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan gergasi masa depan yang intelek dan berdaya saing. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan