Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sistem pendidikan harus sentiasa dinamik

7:43pm 16/11/2015 Ann Vivien 11 views Pendidikan,Tempatan
Ghani menyampaikan sijil kepada murid Tahun 6 SK Sook.

Ghani menyampaikan sijil kepada murid Tahun 6 SK Sook.

KENINGAU: Sistem pendidikan negara mestilah sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Ketua Umno Bahagian P.182 Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, pada hari ini peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya.

Katanya, murid-murid bukan shaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Beliau berkata, hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

“Dalam konteks ini katanya, NKRA itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara dan masyarakat perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dan strategi yang berterusan” semasa berucap merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Graduasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Sook di Dewan Tan Sri Joseph Kurup pada Isnin.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan